Perawatan Bayi – Tips Memandikan Bayi

Memandikan Bayi

Perawatan Bayi – Memandikan bayi adalah kegiatan penting yang harus dilakukan secara benar oleh orang tua. Selain ditujukan untuk membersihkan badan bayi, memandikan bayi perlu dilakukan secara hati-hati agar tidak melukai bayi mengingingat kondisi bayi yang sangat lemah.

Selain itu, memandikan bayi merupakan bagian penting dari perawatan bayi. Berikut beberapa cara dan tips yang dapat dilakukan oleh para orang tua dalam memandikan bayi:

Apakah suhu yang sesuai untuk air mandian bayi saya?

Pastikan air mandi bayi suam dan selesa tetapi tidak panas sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya. Air yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai.

Anda boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandi itu. Sesetengah termometer direka bentuk seperti mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan. Jika anda tidak mempunyai termometer, celupkan siku anda ke dalam air untuk menguji samada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.

Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian barulah air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan bayi anda. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir. Suhu air boleh berubah dengan pantas.

Jika anda menggunakan tab orang dewasa, tutupkan semua kepala paip. Ajar bayi anda supaya tidak menyentuh kepala paip. Walaupun dia masih tidak tahu membuka paip ketika ini, tetapi tidak lama lagi dia akan mempunyai cukup tenaga untuk membukanya, dan dia boleh melecurkan kulit sendiri.

Jika anda mempunyai kedua-dua kepala paip air panas dan sejuk, anda boleh memasang injap kepada kepala paip panas yang mencampurkan air. Ini akan mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas apabila ia keluar daripada kepala paip. Kanak-kanak boleh melecur darjah kedua dan ketiga dalam beberapa saat sahaja dia berada dalam air yang terlalu panas.

Walaupun air mandi bayi mungkin suam, suhu badan bayi anda boleh menurun dengan pantas apabila anda keluarkannya daripada air, jadi pastikan bilik anda panas dan selesa. Apabila mengangkat bayi daripada besen mandi, balutkan dia dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikannya lampin.

Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.

No Response

Leave a reply "Perawatan Bayi – Tips Memandikan Bayi"